Happy...
Entry ni adalah kesinambungaan entry sebelum ni berat badan bertambah2 ..... heheh..

Ni resepi diambil dari SINI....  untuk diet hari2 ku... haih.. harap2 menjadi laa..... turun laaa sekurang2 nye... adeh,...

JUS EPAL TITORI:-

 BAHAN-BAHAN...
1/2 Biji timun                 1 biji tomato
1 batang seleri               2 biji epal

CARA-CARA:-
-Besihkan timun,tomato,seleri dan epal.Masukkan kedalam pengisar buah(juicer) satu persatu.
Tapis dan sedia dihidang.

INFO KESIHATAN:-
Berita baik untuk pengamal diet.Jus ini membantu anda mengurangkan berat badan.Ia kaya dengan nutrisi yang serat untuk membantu mengurangkan rasa lapar.Ambil jus ini diantara waktu makan bagi memberikan rasa kenyang berpanjangan.


JUS EPAL LOLIA:-

BAHAN-BAHAN:-
1 biji epal               3 batang lobak merah
1/2 inci halia

CARA-CARA SEPERTI DIATAS....

INFO KESIHATAN:-
Halia memang terkenal dengan khasiat penyembuhannya yang menakjubkan.Ia membantu mencegah dan merawat arthiritis.Gabungan tiga bahan ini memberikan lebih rasa dan meningkatkan lagi khasiatnya.Ia sesuai dijadikan sebagai salah satu minuman sihat sekeluarga.


JUS EPAL MELERI:-

BAHAN-BAHAN:-
3 biji epal hijau              1 batang seleri
1/4 biji bit merah

CARA-CARA SEPERTI DIATAS...

INFO KESIHATAN:-
Jus ini khas untuk wanita.Wanita mempunyai keperluan zat nutrisi berbezapada setiap peringkat umur.Jus istimewa ini membantu mengurangkan simptom Pms dan Menopaus.Ia juga memberikan vitamin dan mineral penting kepada wanita sebelum,semasa dan selepas mengandung.


CHOCOLATE BLENDED SPECIAL..

BAHAN-BAHAN:-
sedikit serbuk coklat                  sedikit air panas
sedikit susu pekat                       beberapa ketulan ais
sedikit aiskrim vanila

CARA-CARA:-
Masukkan sebuk coklat, air panas, susu pekat serta ketulan ais.Kisar sehingga hancur.Akhir sekali masukkan aiskrim dan kisar lagi sehingga sebati.Masukkan kedalam gelas dan hidangkan bersama sebuk coklat diatasnya.

INFO KESIHATAN..
Coklat kaya akan 'polyphenols',antioksidan yang melindungi sel-sel dan tubuh daripada radikal bebas penyebab penyakit.Coklat juga mengaktifkan zat kimia otak pembangkit semangat serotonin untuk mencegah tekanan darah tinggi.


JUS OREN SIHAT:-

BAHAN-BAHAN:-
2 biji buah oren                  sedikit nata de coco
3 sudu besar gula              2 sudu besar susu pekat
air

CARA-CARA:-
Kisar buah oren untuk mendapatkan jusnya.Tapis untuk membuans serat.Masukkan gula,susu dan air.Kisar bersama.Masukkan nata de coco.Jus oren sihat sedia untuk diminum.


ORANGE SHERBET....

BAHAN-BAHAN:-
200gm jus oren                          1/2 liter aiskrim
1/2 tin buah-buahan koktel

CARA-CARA:-
Aiskrim dicampurkan bersama jus oren.Letakkan buah-buahan koktel diatasnya.Sedia untuk dimakan.



Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 biji epal hijau
  • 1/2 batang (pelepah?) celery
  • 1/4 biji capsicum
  • 1 mug air
  • gula secukup rasa (depends lah korang nak manis ke tidak)
  • secubit garam (untuk elak warna juice jd lebam)
  • 2 tbs plain yogurt (optional - klu nak kurus xyah la)
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. bersihkan epal, celery dan capsicum (buang bijinya weh...) kemudian potong dadu
  2. masukkan dalam blender
  3. campurkan bahan-bahan lain - blend
  4. tapis - serdak yang banyak tu mengandungi fiber so boleh masuk semula dalam blender kisar lagi sampai halus - campurkan dalam juice. kalau x suka x payah campur..
  5. siap untuk diminum! kalau nak ice-blended , masukkan ais dan blend sampai ais hancur. rasa dia? wallaa!
Happy...
Hari ni nak post pasal berat badan ku yang bertambah2 makin hari.... da lama x update blog... tetibe arini nak cite pasal berat badan naik.... haih.. risau.. risau..  turun 1 kg naik 5 kg.. huwaaaa.......

Jadi sekarang sedang nak usaha untuk turunkan berat sbelum raya.. Boleh ke ni?????

Ada beli 1 produk ni.. tapi cam x jalan pon kat ku ni.. kehkehkeh.. lemak tepu sangat kottt..... Jadi survey2 la resepi untuk diet... macam menarik.... jadi nak post la kat sini.. sebelum terlupa ape resepi2 tu dalam pale hotak ku  ni....


yang ni menu yang diambil kat SINI ........

SUP SAYUR
~ bawang besar
~ capsicum hijau @ lada benggala
~ tomato
~ kubis @ sawi
~ saderi
~ garam & sebuk lada
~ dada ayam

cara2 nya
~bhn2 diatas dipotong sederhana,masak kesemua bahan diatas selama 30 minit.

HARI PERTAMA
~ minum sup sayur sebanyak mana yang mampu (rasa lapar je telan sup sayur ni..)
~ makan semua jenis buah buahan KECUALI pisang
~ minum air tanpa gula @ jus buah buahan tanpa gula - jus tembikai paling tepat kerana rendah kalori

HARI 2
~ minum sup sayur sebanyak mana yang mampu (rasa lapar je telan sup sayur ni..)
~ makan sayuran segar samada mentah @ dimasak KECUALI jenis kekacang dan jagung
~ utk malam, mkan kentang rebus hidangan besar tanpa mentega/mayonis, ganti dgn garam n ladahitam

HARI 3
~ gabungkan menu hari pertama & kedua,untuk menu hari ini kentang tidak diperlukan
~ minum sup sayur sebanyak mana yang mampu (rasa lapar je telan sup sayur ni..)
~ sekiranya anda betul2 ikut menu ini,pada hari ketiga anda akan turun sebyk 2 kg..

HARI 4
~ makan byk pisang, minum susu rendah lemak dan sup sayur.
~ pisang tinggi kalori, karbohidrat dan potassium,protein dan kalsium dtg dari susu...
~ minum sup sayur sebanyak mana yang mampu (rasa lapar je telan sup sayur ni..)

HARI 5
~ hari untuk daging dan tomato - makan 300g-600g daging(ayam/ikan) dan6 biji tomato mentah.
tomato membantu mencernakan protein dan mencuci pembinaan asid urik..
~ makan sup sayur sekali sahaj pd hari ini

HARI 6
~ daging (direbus/bakar) dan sayur sayuran (mentah/dimasak)
~ makan sup sayur

HARI 7
~ makan nasi beras perang
~ jus kurang manis dan makan sayur sayuran
~ makan sup sayur sekali sahaj pd hari ini


Ok.. xtau la boleh ke tak tahan seminggu makan menu ni.... Mana tak nya... banyak dugaan kat opis tuh... Bengkel ke meeting jek mesti ada MAKANAN.... huwaaaa.....
get this widget here
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers